Tuesday, May 21, 2013

Pengenalan Gunung Rajah


Gunung Rajah, Bentong, Pahang
(18-19 Mei 2013)


Pengenalan

Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5,526ft/1684m







Keindahan dan hembusan embum air yang terhasil daripada Air Terjun Chamang menjadi tarikan sampingan kepada para pendaki untuk bermalam di situ supaya para pendaki boleh memulakan aktiviti menakluki Puncak Gunung Rajah dengan tenaga yang penuh pada keesokkan hari.



Air Terjun Chamang

Kawasan rekreasi air terjun ini sering dikunjungi orang ramai. Walaupun jalan ke air terjun ini agak sempit namun kemudahan tempat letak kereta yang disediakan cukup besar. Gerai-gerai dan kemudahan awam lain turut disediakan disini terutama pada hari minggu dan cuti umum. Pendaki boleh bermandi-manda di jeram deras tetapi awas air pusar dibawah air terjun ini.



Bagi pendaki yang ingin memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah landai sahaja.


Sepanjang perjalanan lebih kurang 15 minit, para pendaki akan bertemu dengan Stesen Jana Kuasa Kecil Sungai Perting dan para pendaki akan mengambil masa 30minit lagi untuk jumpa kawasan perumahan orang asli. Setengah jam kemudian pendaki akan bertemu sungai berjeram.




Rencana Perjalanan
 18/5/2013 (Sabtu)

 0900 - Mula bertolak dari Rawang. Melalui jalan Genting Highland.



1100 - Kami sampai di tempat permulaan pendakian Air Terjun Chamang. Sebelum pendakian kami diminta untuk melaporkan diri terlebih dahulu. Disamping itu juga, kami membuat persiapan.


1130 - Kami memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak.


1300 - Kami sampai di Pintu Rimba Rajah (Penghujung Trek Balak)


1315 - Bertolak dari Pintu Rimba Rajah menuju ke Sungai 'Y' melalui jalan denai.





1515 - Tiba di sungai 'Y', Kami perlu menyeberangi sungai tersebut untuk meneruskan perjalanan menuju ke Lata Naning. Tapi disungai 'Y' ini kami berehat seketika untuk menunaikan tanggungjawab.





Next Episod Bersambung.