Wednesday, June 19, 2013

XPDC GUNUNG SEMANGKOK (1824meter/5984kaki)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Diatas kejayaan kami menaluki puncak Gunung Rajah pada 18-19 May 2013 yang lalu, kami telah bercadang untuk meneruskan misi kami untuk menaluki puncak gunung yang lebih mencabar fizikal dan mental kami. Hasil dari kajian dan perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, kami sebulat suara untuk memilih Gunung Pine tree Hill, Gunung Twin Peak dan Gunung Semangkok sebagai cabaran kami yang seterusnya. Pendakian kali ini hanya mengambil masa selama 2 hari 1 malam sahaja.

Menurut kajian yang dibuat berdasarkan info-info yang ada didalam internet, Gunung Semangkok merupakan salah satu Gunung yang tertinggi di Selangor dengan ketinggian 1824m/5984 kaki yang terletak diantara negeri Selangor dan Pahang iaitu melalui Bukit Fraser. Gunung Semangkok mempunyai perlbagai jenis hutan didalamnya seperti Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, Hutan Montane dan juga Hutan Ericaceous atau lebih dikenali sebagai hutan gunung. Namun begitu tumbuh-tumbuhan yang ada didalam hutan Gunung Semangkok dikatakan mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan or untuk masa2 urgent semasa pendakian berlaku.

Namun begitu tidak banyak info yang kami boleh dapatkan dari pengalaman HIKERS yang penah mendaki Gunung Semangkok, ini kerana keadaan Gunung tersebut yang boleh dikelaskan sebagai gunung yang agak "HARDCORE" dan bertaraf 5 bintang, hal ini disebabkan oleh keadaan trek digunung tersebut yang agak mencabar ketahanan fizikal dan mental setiap pendaki yang hendak menawan puncak gunung tersebut.

Bagi sesetengah pendaki mereka beranggapan bahawa Gunung Semangkok dan Gunung Ulu Semangkok adalah gunung yang sama. Tetapi sebenarnya 'its totally wrong' sebab ia adalah dua gunung yang berbeza, ini disebabkan Gunung Ulu Semangkok hanya mempunyai ketinggian sebanyak 1394M manakala Gunung Semangkok mempunyai ketinggian yang lebih tinggi iaitu 1824M. So better don't be confused.

So we decide to start our journey on 15-16 June 2013. Dan berbekalkan serba sedikit ilmu dan pengalaman yang ada didalam pendakian, saya sebagai Leader for this Trip, berasa bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran XPDC kali ini yang boleh dikategorikan sebagai HARDCORE dan boleh memecahkan mental bagi sesiapa yang tidak tahan dengan keadaan trek yang agak mencabar zahir dan batin setiap pendaki. Pendakian kali ini dihadkan hanya kepada 11 orang sahaja termasuk 3 orang 'newbie' yang di Import khas untuk memeriahkan lagi suasana semasa pendakian dan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami sambil bertukar-tukar story dan experience.


TENTATIF PERJALANAN 

15June 2013


0600  -  Mula bertolak dari Bukit Sentosa

0630  -  Solat subuh di masjid Kuala Kubu Bharu dan sarapan pagi di restoran Fazlina Maju.
0730  -  Meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Fraser
0830  -  Arrived at Bukit Fraser,do a police report at Bukit Fraser untuk pendakian ke Gunung
             Semangkok.
             Prepare and briefing sebelum memulakan pendakian

Preparation
Sesi Brienfing
0930 -  Memulakan pendakian menuju ke Gunung pertama iaitu GUNUNG PINE TREE HILL.
Memulakan pendakian di Pine Tree Hill
Memulakan perjalanan
1300 -  Sampai dipuncak GUNUNG PINE TREE HILL
Team kami smpai puncak gunung pine tree
Yang tanda merah tu lah puncak gunung semangkok
Guide yang paling terbaik
1330 -  Meneruskan pendakian ke GUNUNG TWIN PEAK


Keindahan Flora dan Serangga ciptaan tuhan
Rehat seketika

1400 - Jarak diantara Gunung pine tree hill dan gunung twin peak agak singkat ,hanya mengambil masa
           30minit sahaja untuk sampai ke puncak gunung kedua.
           Laluan dari pintu gerbang pine tree trail ke gunung pertama agak santai sahaja bagi pendaki yang ber
           pengalaman, ini kerana keadaan trek yang mudah dan senang untuk dilalui. Ini kerana gunung pine
           tree trail dan gunung twin peak boleh dikatakan every weekend ada sahaja pendaki2 yang akan
           melakukan pendakian.


Sempat lagi nk posing.
Akhirnya Sampai gak Puncak gunung kedua
Group Kelantan.. Sek Pantai Timur


1430 - Meneruskan perjalanan ke water point. 
           Pendakian dari puncak twin peak ke water point agak mencabar sekali dengan keadaan trek yang 
           telah tutup sepenuhnya, dan amat sukar untuk menemui tagging yang lama.Ini kerana sudah lama
           para pendaki tidak melakukan pendakian di gunung ini .Dengan berbekalkan pengalaman yang 
           ada pada diri saya, saya gunakan sepenuhnya untuk meneruskan perdakian ini. 
           So Advanture was begin.        
 










1630 - FINALLY Sampai di water point
1700 - meneruskan perjalanan ke KEM SG MERAH
1845 - sampai di kem sg merah, kumpulan terakhir sampai di Kem Merah jam 1930.
            Disini, kami bermalam selama satu malam sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan harinya
            Di kem sg merah, mempunyai sungai untuk memudahkan activity yang lain seperti memasak n mandi              

2000-2300 - kami hanya melakukan activity bebas pada malam hari seperti memasak, btukar2 pndangan dan bgurau senda sesama ahli. Makan malam disediakan oleh Cheff yang tidak bertauliah iaitu Cheff Juki.
                   




2300-0000- time untuk melelapkan mata dan get ready for the next adventure tomorrow.




16 JUNE 2013

Pada keesokan harinya atas hasil perbincangan dan mengambil kira tolak, tambah conditions para pendaki, kami decided untuk berpecah kepada 2 kumpulan, iaitu 1 kumpulan seramai 7 orang pendaki akan meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Semangkuk yang akan mengambil masa selama 2-3 jam, manakala 1 kumpulan lagi seramai 4 orang pendaki akan meneruskan perjalanan untuk berpatah balik ke jalan kebenaran and go home. 

For group 2



0930-1000 - is time for get ready and breakfast sebelum memulakan pendakian balik.

1000-1330 - The Challenge was begun, melalui liku2 trek yang mencabar tapi bebekalkan semangat yang kental untuk pulang akhirnya smpai di puncak Twin Peak dan berehat sebentar bersama kitkat.



1345-1440 - Continue a journey and selamat sampai di puncak Pine Tree Trail.

1445-1515 - Makan lunch (makan apa2 je yang ada) just untuk add tenaga untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Disini kami menemui ramai pendaki yang melepaskan lelah untuk berehat bersama, dan ada yang berborak kosong sesama sendiri, dan mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan para pendaki yang lain. kalau tidak silap anggaran lebih 4 group yang naik ke Pine Tree Trail pada hari tersebut.

1520-1825- Sambung perjuangan yang belum selesai merentasi trek yang mencabar dan laluan tangga yang banyak dan agak memecahkan mental kami disebabkan ada diantara kami yang injured. Tetapi masih gagah melangkah.

1825- It's the Final Countdown!! finally we arrived dan senyuman lebar terukir bila melihat pintu gerbang  Pine Tree Trail didepan mata. Alhamdulillah semuanya selamat sampai dengan jayanya.

                                   ------The Journey for the second group was end with big smile-----

to be continue.... :)

















Tuesday, May 21, 2013

Pengenalan Gunung Rajah


Gunung Rajah, Bentong, Pahang
(18-19 Mei 2013)


Pengenalan

Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5,526ft/1684m







Keindahan dan hembusan embum air yang terhasil daripada Air Terjun Chamang menjadi tarikan sampingan kepada para pendaki untuk bermalam di situ supaya para pendaki boleh memulakan aktiviti menakluki Puncak Gunung Rajah dengan tenaga yang penuh pada keesokkan hari.



Air Terjun Chamang

Kawasan rekreasi air terjun ini sering dikunjungi orang ramai. Walaupun jalan ke air terjun ini agak sempit namun kemudahan tempat letak kereta yang disediakan cukup besar. Gerai-gerai dan kemudahan awam lain turut disediakan disini terutama pada hari minggu dan cuti umum. Pendaki boleh bermandi-manda di jeram deras tetapi awas air pusar dibawah air terjun ini.



Bagi pendaki yang ingin memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah landai sahaja.


Sepanjang perjalanan lebih kurang 15 minit, para pendaki akan bertemu dengan Stesen Jana Kuasa Kecil Sungai Perting dan para pendaki akan mengambil masa 30minit lagi untuk jumpa kawasan perumahan orang asli. Setengah jam kemudian pendaki akan bertemu sungai berjeram.




Rencana Perjalanan
 18/5/2013 (Sabtu)

 0900 - Mula bertolak dari Rawang. Melalui jalan Genting Highland.



1100 - Kami sampai di tempat permulaan pendakian Air Terjun Chamang. Sebelum pendakian kami diminta untuk melaporkan diri terlebih dahulu. Disamping itu juga, kami membuat persiapan.


1130 - Kami memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak.


1300 - Kami sampai di Pintu Rimba Rajah (Penghujung Trek Balak)


1315 - Bertolak dari Pintu Rimba Rajah menuju ke Sungai 'Y' melalui jalan denai.





1515 - Tiba di sungai 'Y', Kami perlu menyeberangi sungai tersebut untuk meneruskan perjalanan menuju ke Lata Naning. Tapi disungai 'Y' ini kami berehat seketika untuk menunaikan tanggungjawab.





Next Episod Bersambung.